Sebuah rekaman objek misterius bercahaya merah jambu atau pink di langit China. Tepatnya di wilayah Qinghai, Dataran Tinggi Tibet beredar viral di media sosial.Seperti dikutip dari laporan Daily Star, objek terbang tidak dikenali atau sering dissbut UFO itu, dirakam penduduk setempat.Rekaman dilakukan 12 jam selepas kejadian hujan meteor yang menuju ke arah kota Yushu. Kota yang terletak 700 kilometer di selatan Delingha.Dalam video tersebut, UFO merah jambu itu jelas kelihatan tidak bergerak ketika seorang pemandu kenderaan memandu di lembah luas yang sunyi.Objek itu kelihatan bersinar di sekitar sferanya dan dapat dilihat dari segenap sudut di kawasan berdekatan.Menurut penduduk yang merakam kejadian itu, UFO merah jambu itu kekal di posisi sama antara 35 hingga 40 minit sebelum hilang.Ramai netizen yang melihat rakaman itu mengatakan bentuknya menyerupai bulan. Tetapi ada juga yang menduga itu kelihatan seperti cahaya berkumpul dan berbentuk awan.“Bukankah ada markas makhluk asing di Delingha? Mungkin mereka kembali ke pangkalan?” kata seorang saksi.“Apakah ini? Ini kelihatan serupa seperti ‘runtuhan makhluk asing’ yang terkenal,” kata seorang lagi.Terdapat spekulasi bahawa cahaya merah jambu yang menyala itu sebenarnya dipancarkan dari bolide atau cahaya meteor yang sangat terang. Tetapi belum ada sebarang pengesahan daripada pihak pakar.Berikut ini rekaman video yang sempat mengabadikan momen saat cahaya pink tersebut muncul di langit yang diunggah oleh salah satu akun Twitter.https://twitter.com/ninnyd101/status/1342096782969475072
Baca Juga :